21 October 2010

Assalamualaikum..

Syukran jazilan kpd followers krn support blog Sumaiyah Nasibah Hussain. Harap maaf..blog ni baru ja d'create' bberapa jam yg lalu. Jd, blog ni agak 'compang-camping' skit. Penambaikan akn dlakukan tp mgkn bkn dlm masa yg terdekat kerana trdapat sdikit kekangan. Asif jiddan.. 

KITA BERSAHABAT SELAMANYA


Agama Islam adalah agama universal. Setiap inci dalam aspek kehidupan kita disentuh di dalam Al-Qur'an, Hadis-hadis nabi dan juga diperbahaskan oleh ulama'-ulama' muktabar di sepanjang zaman. Ini membuktikan betapa Islam adalah sebuah agama yang syumul dan lengkap dan sesuai digunapakai di sepanjang zaman. Antara aspek kehidupan yang ditekankan oleh Islam adalah persaudaraan ataupun persahabatan. 

Anas Ibn Malik pernah meriwayatkan hadis yang bermaksud :
"Dan tidak beriman seseorang daripada kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri"
Hadis ringkas ini cukup mudah untuk difahami dimana Islam sangat menekankan ikatan persaudaraan sesama Muslim. Kita sangat digalakkan untuk menyambung silaturrahim yang terputus dan juga ditegah untuk tidak bertegur sapa sesama kita lebih daripada 3 hari. 

Kekuatan Islam pada hari ini terletak pada kekuatan silaturrahim sesama kita. Jika sesama muslim pun kita sering berpecah belah dan bertegang leher, maka sukarlah untuk kita menewaskan musuh utama kita yang sudah dijelaskan di dalam Al-Quran iaitu yahudi laknatullah yang sangat bersatu-padu untuk menghancurkan umat Islam. Masalah yang timbul adalah kita kurang didedahkan tentang cara bersilaturrahim dengan baik dan efektif.
Bagaimana adab-adab bergaul dengan kawan dan apakah langkah-langkah yang perlu dititikberatkan untuk mewujudkan suasana pergaulan yang harmoni sesama kita. Walaupun ia nampak seperti sesuatu yang remeh, namun itulah asas untuk mewujudkan umat Islam yang kuat dan disegani sepertimana umat Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW dan zaman para sahabat yang berjaya menguasai satu per tiga dunia.
Alhamdulillah, krew penerbitan MARS (Majalah Remaja Sempoi) sukacitanya ingin mempersembahkan kepada sabahat-sahabat sekalian isu terbaru yang memperkatakan tentang topik persahabatan.
Semoga usaha mereka ini memberikan manfaat kepada kita semua dan mengamalkan di dalam kehidupan kita sekalian.

Kalamullah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...