21 December 2010

Ummiey, Mak, Mama, Ibu, Ma, Mom, Amma, Mummy & ....

Salam..

Banyak sekali hak ibu kita kalau kita tahu.
Berapa pun banyaknya budi kita..itu masih sedikit untuk beliau.
Berapa malam ibu kita tidak tidur kerana sibuk mengasuh kita?
Beliau susah..keluh kesah menarik nafas panjang.
Melahirkan anak itu cukup susah andai kita tahu..
Di antara kesusahan yang melanda..fikirannya sampai melayang.
Beliau selalu membasuh kotoran kita dengan tangannya..
Beliau tidak pernah menghalang kita untuk mendapat kesenangan.
Malah, mengorbankan jiwanya untuk memenuhi keperluan kita..
Memberikan setitis air susunya sebagai minuman kita.
Beliau selalu lapar, namun tenaganya dikerahkan untuk mengasuh kita sejak kecil lagi..
dan itu semua kerana perasaan rindu dan sayangnya kepada kita.
Jadi..mengapa kita yang punya akal ini masih menurutkan hawa nafsu kita sendiri?
Dan mengapa hati kita ini sentiasa buta padahal Dia Maha Melihat?
Oleh itu, selalulah mendoakannya..
Berbaktilah kepada insan ini..sementara kesempatan masih ada.
Rugilah bagi insan yang mensia-siakan ibu mereka padahal peluang itu masih ada disisi..



~Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat arwah mak ana yang telah dijemput Illahi 25 Julai 2005..serta seluruh Muslimin dan Muslimat. Syukran katsiir..

Kalamullah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...