15 April 2011

Perspektif Negatif Wanita Tentang Aurat...

Assalamu'alaikum w.b.t.

Dek kerna kebelakangan ini mata ana sering sekali dihidang dengan pelbagai gaya dan style yang trendy dalam kalangan nisaa'....hati ana terpanggil untuk kongsikan tulisan penulis terkenal Zaharuddin Abd Rahman dalam buku beliau yang bertajuk "Untukmu Wanita". Moga ia bermanfaat untuk sahabat sahabiah blog ini..insyaAllah..

KESILAPAN KERAP WANITA TERHADAP AURAT

1. Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
2. Bertudung, tetapi berkemeja-T lengan pendek.
3. Bertudung, tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
4. Bertudung, tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah     'menggoda'. 
5. Bertudung, tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya. (*longgar : longgar yang mungkin dimaksudkan penulis adalah memakai tudung dengan tidak kemas..atau seolah-olah sekadar meletakkan kain tudung atau selendang di kepala cuma..wallahu a'lam)
6. Bertudung, tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
7. Bertudung, tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah bahagian dada daripada tertutup.
8. Bertudung, tetapi tudungnya amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk, dan dadanya. Sebahagian wanita menyangka bahawatutup aurat itu adalah tutup rambut sahaja. ini tidak tepat sama sekali. 

Asasnya adalah daripada firman Allah S.W.T. yang brmaksud:

"... Hendaklah mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR ..." 
(Surah An-Nur: 31)

Pengertian Khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut juyub kata jamak (plural) daripada kata jaibun, iaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju. 


Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung. Begitu juga bahagian dadanya termasuk juga leher sehingga semua bahagian badan yang boleh membawa fitnah, wajiblah ditutup daripada perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya. 

Menurut Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi yangf dimaksudkan perhiasan perempuan dalam ayat itu pula,

 "... iaitu apa sahaja yang dipakai berhias dan unutk mempercantikkan tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, solekan, dan sebagainya."

Dalam ayat suci di atas, Allah memerintahkan kepada orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. oleh kerana itu, para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti 'apa terzahir' itu serta ukurannya.

Misalnya, sahabat besar Nabi Muhammad S.A.W. seperti Ibnu Abbas r.a., dia berkata dalam mentafsirkan apa yang terzahir itu ialah 'celak dan cincin'.

Sependapat dengan ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita. Ertinya boleh diperlihatkan juga tempat pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama' tabiin seperti Said Bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.

Bagaimanapun, Ummul Mukminin Aisyah r.ha, Qatadah dan lain-lain menisbahkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Namun, berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya dijauhkan daripada mendedahkannya. 

Menurut Syeikh Al-Qaradhawi juga, ini tidak sama dengan solekan dan 'cat-cat' yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang seperti gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Solekan ini dikategorikan sebagai berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah, adalah unutk menarik perhatian-perhatian lelaki. Jadi, jelas hukumnya adalah haram.

Seorang Muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerosakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih lagi kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikhuatiri akan menimbulkan fitnah.

Firman Allah S.W.T. dalam Surah An-Nur: 31 yang bermaksud:

"... Dan janganlah mereka menzahirkan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka atau orang gaji daripada orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan ..."


Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat oleh seluruh ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan Mukminah. Mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan. Misalnya, perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul), perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya), dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada lelaki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah (kelonggaran) untuk dinampakkan. 




05 April 2011

....Kunci 'Pagar'mu....

“..Hati manusia ibarat pagar… Andai pagar itu tidak dikunci, maka pagar itu akan bergerak ke hadapan dan ke belakang tatkala ditiup angin.. Justeru, pagar itu haruslah dikunci…. dan kita perlulah sentiasa menggenggam erat kunci hati tersebut dengan kunci keimanan..agar pagar itu tidak lagi bergoyang tika ditiup angin.. ”


Kalamullah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...