16 March 2011

Titipan Doa Buat Sahabatku Yang Teristimewa

"Bisikku pada Allah yang SATU.. Ya Allah, lindungilah sahabatku yang sedang membaca kalam ini..disetiap langkahnya..disetiap hela nafasnya..disetiap kelip matanya..dan disetiap degup jantungnya.. Banyak yang ingin kupohon dan kuharapkan untuk sahabatku ini Ya Allah.. Namun, jika hanya satu sahaja yang dimakbulkan olehMu..maka..lindungilah IMAN dihatinya Ya Allah..kerana dengan IMAN yang Kau kurniakan itu..pasti sahabatku ini SELAMAT dunia akhirat..insyaAllah..Amiin..(^_^).."

13 March 2011

Buat Renungan..

"Wahai sahabatku,jangan sesekali kau meminta ujian itu supaya dihentikan.. Tetapi, pintalah agar Allah mengajarmu bagaimana hendak menghadapi ujian itu. Hadapilah segala ujian itu dengan kesabaran dan hati yang lapang. Sentiasalah menilai diri kerana sesungguhnya ia akan menundukkan sikap buruk yang ada pada diri kita."

"Jika dikau bersedih, maka ber'uzlahlah..agar dapat dikau meluahkan segala-galanya. Kemudian, pintalah pada Allah apa-apa yang telah ditetapkan oleh-Nya buatmu."

Kalamullah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...